‘Well Done Lara!’ – Netizen Seronok Dengar Lara Baca Alif Ba Ta

Siapa yang tidak kenal dengan anak kepada pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana yang sangat comel dan bijak.

Baru-baru ini menerusi akaun Instagram Lara Alana terdapat satu video Awal dan Lara di dalam kereta dan apa yang menariknya adalah Awal mengajar Lara membaca Alif Ba Ta.

Nampaknya bukan main seronok lagi Lara membaca Alif Ba Ta sampai tergelak besar dan kemudiannya mengajak daddynya untuk mengulangi bacaan itu.

Ok jom MH belanja korang video Lara baca Alif Ba Ta.

Inshallah, slowly sis akan cuba hafal okay.. #kisahlaradandaddy

A post shared by Si Penglipur Lara (@laraalanaa) on

Alahai comelnya MH tengok Lara lagi-lagi masa dia gelak besar tu sampai ada netizen yang mengatakan gelaknya itu seakan-akan bunyi ketawa Scha.

kazehaya_khai: ketawa mcm mak dia 😂

syieraahmad_official: Haha. Lucu je diee . Tembam .. comei .. semoga besar nnty jd ank soleh untuk parents ye.

bellenorm: Well done Lara! 😘

zarrazparamedical.bp: Pandainya dia…moga berjaya adik lara…panjang lagi perjalanan tapi dengan doa doa sekeliling yang sayang si cilik comel ni menjadikan lara sentiasa dilindungi Allah

Tak dinafikan Lara memang sangat comel dan selalu membuat hati netizen cair melihat keletahnya. Jadi memang tak peliklah pengikut Lara di Instagram sekarang ini sudah mencecah tiga juta pengikut.

MH doakan Lara menjadi anak yang solehah, diberi kesihatan yang baik dan menjadi seorang anak yang rajin mendengar kata kedua-dua ibu dan bapanya.

Apa Kata Anda

Sumber